Friday, July 18, 2014

Pengiraan Potensi Pulangan Binary Option - Risiko/Pulangan

Jumlah duit yang dirisikokan oleh seseorang investor binary option adalah bergantung kepada bilangan trade investor tersebut dalam satu sesi/hari. Dengan strategi pengurusan risiko yang betul, seseorang investor itu boleh menjana keuntungan yang optimum.


[Risiko bermakna modal dilabur yang mungkin membawa keuntungan/kerugian]

Strategi pengurusan, terutamanya, merangkumi aspek penggurangan kerugian dan kehilangan duit investor itu sepenuhnya. Kalau kita perhatikan ramai antara kita sering kerugian tak kira forex atau binary option disebabkan ketamakkan, tidak berdisiplin dan emosi yang tak dikawal apabila keuntungan/kerugian berterusan. Jika mengamalkan strategi pengurusan yang baik, seseorang itu dapat mengawal kerugian yang bakal dialami. Misalnya, jika target kita adalah 5 trade sehari, kita seharusnya mengikut bilangan itu tak kira mengalami keuntungan atau kerugian. Kadang-kadang kita akan rugi kelima-lima trade, dan jika kita tidak berhenti pada 5 trade yang kerugian itu, kita akan hilang lebih banyak duit lagi. Sama juga jika keuntungan. Mungkin hari itu merupakan hari yang sangat bertuah untuk anda. Namun, wajar anda berhenti dengan 5 trade itu sebelum apa-apa kerugian berlaku.

Strategi pengurusan yang asas adalah berkadar dengan keuntungan yang diperolehi. Sebagai seorang investor, dengan meningkatkan kapital/amaun dirisko, keuntungan adalah meningkat. Kunci untuk strategi pelaburan yang berjaya adalah menentukan risiko optimum yang boleh ditanggung untuk mencapai pulangan yang tertentu. Perhatikan Jadual ini bagaimana risiko boleh ditetapkan dan mencapai keuntungan yang ditentukan sebelumnya.

Bulan Win % Bil.Trade
Harian
Bil.Trade
Bulanan
Bil.Trade
yg untung
Amaun di
Risikokan
%
Pulangan
Baki
 $200  
Untung
Bulanan
% di
Risikokan
July 75% 5 100 75 20 80 1200 1000 10
Aug 75% 5 100 75 40 80 2400 1200 3.3
Sept 75% 5 100 75 80 80 4800 2400 3.3
Okt 75% 5 100 75 160 80 9600 4800 3.3
Nov 75% 5 100 75 320 80 19200 9600 3.3
Dis 75% 5 100 75 640 80 38400 19200 3.3
*Mata wang yang ditunjukkan adalah dalam us dollar

Jika kita buat 5 trade sehari, dalam sebulan 20 hari berkerja, di mana 100 trades dapat dibuat. Mengikut % win 75% (katakan daripada 100 trade hanya 75 trades menguntungkan), 75 trade menghasilkan keuntungan. Jika 80% dibayar sebagai pulangan, maka pengiraan adalah : 75 trades x usd20 x 80/100 = usd1200 untuk bulan pertama. Bila di tolakkan dengan modal usd200, untung bersih adalah usd1000.

Kalau perhatikan % dirisikokan, sebagai investor yang baik, kita hanya boleh merisikokan 5% dari modal kita untuk setiap trade. Tetapi pada bulan pertama, kita gunakan 10% disebabkan modal kita yang kecil. Jika anda mempunyai modal besar (lebih kurang usd400), anda boleh mulakan dengan modal itu. Tetapi selepas bulan pertama, risiko kita amat kecil, iaitu 3.3% sahaja berbanding 5% minimum.
  
Salah satu kelebihan Binary Option adalah pulangannya tetap dan kerugian pula hanyalah untuk satu trade itu secara individu. Misalnya untuk trade yang payoutnya adalah 80%, investor akan dibayar 80% dari modal yang dirisikokan. Ia tidak seperti Forex yang mana ada ramai yang kehilangan duit dan harta benda mereka disebabkan risiko yang tidak tetap. Risiko tetap memudahkan kita untuk menguruskan modal kita samaada ketika keuntungan mahupun kerugian.

Sekarang, bagaimana kita boleh keuntungan 75 trade daripada jumlah 100 trade sebulan?. Jangan risau. Saya akan membantu anda. Ini Rahsianya.

No comments:

Post a Comment